PERTANDINGAN FOTOGRAFI (Wonders of STEM)

PERTANDINGAN FOTOGRAFI “Wonders of STEM” 

Bersempena, "International Conference of Bioengineering and Technology 2021 (IConBET 2021)", Anjuran Bersama Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, Universiti Malaysia Kelantan dan National STEM Association

Tema: WONDERS OF STEM

PENDAFTARAN: 5 April – 6 Mei 2021

PENGHANTARAN FOTO PENYERTAAN: 10 April – 8 Mei 2021

PENGUMUMAN PEMENANG: 25 Mei 2021 di Majlis Penutup IConBET2021

 

SYARAT PESERTA:

1. Pertandingan terbuka kepada semua warganegara Malaysia bermumur 7 tahun dan keatas. Peserta dibahagikan kepada dua (2) kategori, iaitu:

• Kategori A (7 – 12 tahun)

• Kategori B (13 tahun dan ke atas)

2. Penyertaan adalah secara persorangan dan satu (1) foto sahaja dibenarkan bagi setiap penyertaan.

3. Setiap peserta perlu mempunyai sekurang-kurangnya akaun Facebook (FB) atau Instagram (IG) atau kedua-duanya. Jika tidak mempunyai akaun FB dan IG, peserta dibenarkan untuk menggunakan akaun FB dan IG milik ibu, bapa atau penjaga masing-masing.

 

SYARAT PERTANDINGAN:

1. Gambar perlu dihasilkan sendiri oleh peserta dan diambil menggunakan kamera DSLR, kamera poket atau telefon pintar di mana-mana lokasi seluruh Malaysia.

2. Objek gambar yang dihasilkan adalah bebas. Pemurnian (editing) pada gambar adalah dibenarkan tanpa mengubah keaslian asal gambar tersebut.

3. Gambar perlu disertakan bersama-sama keterangan gambar (caption) dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang WAJIB mempunyai elemen-elemen seperti sains (S-cience), teknologi (T-echnology), kejuruteraan (E-ngineering) atau matematik (M-athematics). Keterangan gambar adalah tidak melebihi 100 patah perkataan.

4. Peserta perlu memuatnaik gambar ke akaun Facebook (FB) atau/dan Instagram (IG) masing-masing. Rujuk tatacara “Pendaftaran dan Penghantaran Gambar”.

5. Kos dan perbelanjaan penghasilan gambar adalah di bawah tanggungan peserta sendiri.

6. Follow dan like FB rasmi FBKT dan IG rasmi FBKT.

 

TATACARA PENDAFTARAN & PENGHANTARAN GAMBAR:

1. Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan ini, https://forms.gle/2ujM66vKDXL1wCTV9 mulai 5 April 2021. Peserta akan menerima “Kod Penyertaan” daripada pihak urusetia selepas pendaftaran.

2. Selepas menerima “Kod Penyertaan”, peserta perlu menghantar gambar pertandingan kepada penganjur melalui pautan ini, https://forms.gle/yZTu3iZTbqHvQyZF7 mulai 10 April hingga 8 Mei 2021.

3. Peserta perlu memuat naik gambar tersebut ke akaun FB dan/atau IG peribadi atau akaun FB dan/atau IG milik ibu/bapa/penjaga masing-masing. Peserta DIWAJIBKAN untuk menggunakan tanda pagar (#)berikut pada posting gambar tersebut:

- #(kod penyertaan)

- #caknaSTEM

- #FBKTohsem

- #FBKTno1

- #IConBET2021

4. Peserta juga DIWAJIBKAN untuk tag dan like FB serta follow IG rasmi FBKT UMK di:

https://www.facebook.com/FakultiBiokejuruteraandanTeknologi/

https://www.instagram.com/fbktumk/

5. Keputusan pertandingan akan diumumkan pada 25 Mei 2021, di Facebook FBKT dan Instagram FBKT, bersempena dengan Majlis Penutup IConBET 2021.

 

KRITERIA PENILAIAN GAMBAR:

1. Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria berikut:

a. TEMA – Gambar dan keterangan gambar (caption) menepati tema “Wonders of STEM”.

b. KREATIVITI – Penggunaan idea atau konsep yang baik dan mengemukakan idea tersebut dengan cara yang unik dan baru.

c. FOKUS – Perihal terhadap subjek bersahaja dan sesuai dengan keadaan sekeliling.

d. KOMPOSISI – Penggunaan komposisi yang menarik dari segi perspektif dan pembingkaian. Imej mempunyai unsur-unsur menarik pada sudut hadapan, sisi dan lain-lain sudut yang bersesuaian.

e. KETERANGAN GAMBAR – Keterangan gambar ditulis menepati elemen STEM dan jelas berkenaan subjek utama di dalam gambar dengan penggunaan tatabahasa yang betul.

2. Bilangan “likes” pada posting FB atau IG atau kedua-duanya turut diambil kira bagi melayakkan peserta memenangi Hadiah “Likes” Tertinggi setiap kategori.

3. Keputusan pertandingan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

4. Pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan yang tidak mengikut syarat dan peraturan yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa.

 

HAK CIPTA GAMBAR:

Melalui penyertaan ini, peserta memberi kebenaran kepada pihak penganjur untuk menggunakan, mengolah, mengubahsuai dan menerbitkan semula gambar-gambar tersebut untuk tujuan rasmi dan tidak rasmi Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, Universiti Malaysia Kelantan.

 

HADIAH & SIJIL:

• Kategori A

- Juara: RM150 dan sijil digital

- Naib Juara: RM100 dan sijil digital

- Ketiga: RM50 dan sijil digital

• Kategori B

- Juara: RM200 dan sijil digital

- Naib Juara: RM150 dan sijil digital

- Ketiga: RM100 dan sijil digital

• Bonus

“Likes” Tertinggi setiap kategori : RM50 dan sijil digital

• Semua peserta akan mendapat sijil penyertaan digital.

 

Maklumat lanjut hubungi Pn. Rohaida Ramli (fbkt@umk.edu.my , 099477405) atau Dr Andi (019706697)